PENGENALAN SERAMBI

Serambi _ Alhamdulilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran kepada Allah SWT kerana limpah kurnia dan hidayah-Nya membolehkan kita diberi peluang untuk meneruskan amal bakti mengisi sebuah serambi penghidupan. Selawat dan salam kita lafaskan kehadrat Rasulullah SAW yang membawa obor wahyu bagi menerangi kehidupan seluruh umat sepanjang zaman.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberi kesihatan serta kelapangan minda mengangkat modul teater sakinah menjadi kenyataan. Zaman IT yang serba canggih ini menghidangkan kepada kita pelbagai budaya yang cukup mencabar. Cabaran yang kadangkala sihat dan tidak kurang pula yang menjanjikan, mengambil hakikat terhadap kesan cabaran yang negatif ini, kita sebenarnya langsung tidak mampu membendung virus yang menjangkiti masyarakat kita dan seterusnya menjahanamkan apa saja di depan kita, jangkitan yang paling berkesan merebak adalah melalui hiburan. Justeru itu, pendekatan yang paling hampir dan terbaik adalah teater sebagai medium Pendidikan, Motivasi, Kaunseling serta Ibadah. Teater merangkumi hampir semua aspek seni, cabang-cabang seni juga boleh dilakon dipentas sekira tidak lari dari nilai, etika dangan tuntutan agama, Yang susahnya manusia berlakon di dunia nyata. Sudah sampai masanya kita melihat seni dan agama sebagai dunia yang hakikatnya adalah serupa. Al – Quran sebagai buktinya y merupakan satu-satunya nilai Seni yang maha hebat tinggi lagi mutu bahasanya. Bahasanya juga bukan setakat kata-kata puitis memuji Allah tetapi sarat dengan perundangan, teknologi ilmu kaji bintang malah juga teknologi yang tidak tercungkil dan inilah seni sebenarnya.

Al-Quran dan hadis menyatakan bahawa tujuan utama manusia diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah SWT ini dapat dibuktikan dalam ayat Al-quran, surah Adz- Dzaariyaah ayat 56 dan hadis qudsi seperti: Dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahku.
**Wahai hambaku. Aku tidak menjadikan kamu agar aku terhibur dari kesepian, atau untuk membanyakkan bilangan kamu dari kekurungan, atau meminta pertolongan kamu dalam perkara yang aku lemah, begitu juga bukan dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat atau menolak kemudharataan. Hanyasanya Aku menjadikan kamu untuk beribadah kepadaku dan berzikar serta bertasbih kepadaku setiap pagi dan petang** (Hadis Qudsi).

” Mengangkat Mertabatkan dan Menjayakan Program Teater Sakinah Ke arah Membangukan Pembentukkan Mentel dan Fizikal Masyarakat ( Biasa, Koprat dan Ihdustri ” ) Menyebut apa yang terungkap di atas dengan sendirinya kita sedar, bahawa ianya bukan sekedar satu ungkapan atau sebutan yang menar ik saja. Malahan ialu memerlukankan satuketrampilan yang padu melalui gabungan yang padat iaitu:

a. Kerajaan ( Kementerian dan pihak yang berkenaan )
b. Pemodal / Penaja ( koprat dan Industri )
c. Penghusa (Memasarkan Teater )
d. Pengeluar ( Aktivis – aktivis Teater )
e. Teknikel ( Pihak yang Berkenaan )

Dengan A\adanya gabungan dan jalinan yang dikatakan tadi pasti mertabat teateritu sendiri akan dapat diangkat dan diletakan pada tempat dan wadah yang sewajarnya.

Untuk tujuan itulah saya dengan gabungan tenagga aktivis – aktivis teater dan perancanganpemasaran saya memulakan untuk merintis mencari jalan kearah itu, semoga selama ini mereka (menyarakat koprat / industeri ) yang agak kabur terhadap teater dapat didedahkan dan mereka harus disedarkan bahawa mereka adalah sebenarnya sebahgian dari masyarakat yang ada di dalam teater atau hasil teater itu sendiri.

Melalui program ini, serambi production berharap agar teater itu tidak lagi dipandang sebagai satu perkara main-main atau dipandang remeh. Melalui program ini juga kami berhasrat melatakkan teater ketempatnya dan ia harus dipandang serta dinilai juga dari semua sudut, mahupun dari sudut kebudayaan, teaternya akademiknya dan dari sudut komesial itu sendiri.

Di sini kita harus membuka mata dan memakui bahawa denganadanya sokongan dan gabungan yang kita nyatakan tadi bahawa teater adalah sebuah industri yang unik yang mampu berkembang dan bersaingan seiring dengan perkembangan industri – industri yang yang sedia ada di negara kita ini jika ia ( teater ) diletakan di tempatnya dan memakui akan mertabatnya.
Sekian, Terima kasih.

PENGENALAN

Y.B. Dato’ Datin,

Tuan, Puan,

MOTIVASI PENERAPAN NILAI MURNI

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Syarikat kami merupakan syarikat consultant yang mempunyai lesen perniagaan dan lesen kewangan yang memberikan perkhidmatan dalam bidang pendidikan, motivasi, kaunseling dan ibadah dalam membantu untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa anggota masyarakat.

3. Bersama-sama ini disertakan profil syarikat untuk makluman dan rujukan pihak Y.B. Dato’ Datin, Tuan, Puan, demi melahirkan insan yang dipenuhi jiwanya dengan sifat-sifat yang mulia.

4. Sekian untuk makluman dan perhatian Y.B. Dato’ Datin, Tuan, Puan, Segala kerjasama yang diberikan diucapkan terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA”

HJ. AHMAD RAMLEE BIN HJ. SALIKON PPN
Pengurus
Serambi Production

KEPENTINGAN DALAM SERAMBI PRODUCTION

TEATER SEBAGAI ALAT PENDIDIKAN, MOTIVASI, KAUNSELING DAN IBADAH.

Pelbagai bentuk dan cara digunakan untuk mendekati dan menerapkan nilai-nilai murni teater sakinah terutamanya dalam aspek personaliti, cara bergaul dikalangan insan yang kurang bernasib baik, cara berkomunikasi dan adab-adab yang perlu dijaga sebagai seorang insan.

FALSAFAH
 Teater Sakinah intilahnya men-Sakinahkan satu kelompok besar.
 Keluarga sakinah intilahnya men-sakinah satu kelompok keluarga saja.

MATLAMAT PROGRAM
Mengaplikasi dan menerapkan fungsi teater sakinah dalam memotivasikan diri insan dalam menjana nilai murni dalam kehidupan.

BENTUK PROGRAM
 Lawatan akademik/ziarah warga istimewa
 Home Stay – berkampong bersama warga istimewa,menjalankan
aktiviti serta mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara pelajar
dan warga istimewa.

OBJEKTIF PROGRAM
 Memberi ruang dan peluang kepada para peserta program untuk mengenali teater sebagai suatu kaedah untuk memotivasikan diri.
 Memberi dimensi baru kepada para peserta untuk meluaskan ruang lingkup kehidupan berteraskan kepada nilai murni yang diterapkan dalam ajaran islam.
 Memberikan pendedahan kepada para peserta tentang indahnya dunia ini jika tahu menghayati dan berjaya memotivasikan diri sendiri.
 Memantapkan sahsiah diri peserta sebagai insan yang bakal menghadapi pelbagai cubaan dan cabaran dalam kehidupan.

VISI - Mengukuhkan Teater Sakinah menjadi sebuah perniagaan
keluarga seratus peratus dan aktif serta berdaya saing.

MISI – Serambi Production berhasrat untuk menjadikan sebuah pusat swasta yang terkemuka di Johor sebagai misi Serambi Production didalam mewujudkan kecermerlangan akademik dalam bidang pendidikan dan latihan profesinol khususnya Seni Teater(sakinah) juga Kesenian Kebudayaan Negeri Johor yang juga merupakan aspek penting yang dapat membantu bagi pembangunan kebudayaan dan sosio ekonomi negara.

HALATUJU SERAMBI PRODUCTION

Kertas cadangan Memasarkan Teater ke arah masyarakat korporat dan individu

TAJUK
Mengangkat Mertabat dan Menjayakan Program Teater Sakinah
Ke arah Membangunkan Pembentukan Mentel dan fizikal Masyarakat

Objektif
Membina jati diri anggota organisasi, sekolah, remaja, mahasiswa/i universiti, anggota masyarakat, dalam menerapkan nilai murni dalam jiwa mereka.

Matlamat
• Mengerat dan menjaga hubungan silaturrahim dikalangan anggota organisasi, sekolah, remaja, mahasiswa/i universiti, anggota masyarakat dalam menerapkan nilai murni dalam jiwa mereka seirang rakan sebaya.
• Melahirkan individu yang sentiasa hormat-menghormati serta patuh pada peraturan dan kemanusiaan.
• Membentuk jati diri yang kuat serta mampu menjaga maruah dan harga diri dalam apa jua situasi.
• Menerapkan nilai murni dalam jiwa bagi menjaga syakhsiah diri yang berhemah tinggi
• Membantu menjana sumber tenaga manusia yang berkualiti dan disegani oleh kawan mahupun lawan.

Kepentingan
Masalah anggota masyarakat yang semakin serius dan membimbangkan, perlu di ambil satu tindakan yang berhemah dan berhikmah bagi mengajak insan kembali kepada fitrah keinsanan.

KURSUS YANG DITAWARKAN

A. Serambi Production menawarkan beberapa pakej Pengurusan/perkhidmatan
Seperti berikut:

1) MOTIVASI TEATER SAKINAH ( tiga Pakej )
“Bengkel penghayatan Budi Penyayang, Penerapan nilai-nilai murni Teater Sakinah ”

TEMPAT BERBENGKEL:-
1.2. Taman Sinar Harapan Jubli
1.3. Rumah Seri Kenangan
1.4. Rumah anak-anak Yatim
1.4. SK Pendidikan Khas Princess Elizabeth
1.4. Juga mengikut Tahap yang dilperlukan dan tempat berbingkel

B. Serambi Production – setiap kali mengadakan bengkel/kursus kami akan melantik Pencaramah/Fasilitator/Tenagga Pengajar dan Jurulatih Teater Sakinah yang Profiasionol serta mahir dalam bidang berkaitan terdiri daripada agensi kerajaan, swasta dan aktivis negeri dan peringkat kebangsaan seperti:-

a) Kementerian Perpaduan, Kebudayaan dan Kesenian,Warisan Malaysia.
b) Jabatan Perpaduan, Kebudayaan dan Kesenian, Warisan Negeri
c) Istana Budaya (IB)
d) Akidemik Seni Kebangsaan (ASK)
e) Dewan Bahasa dan Pustaka
f) Jabatan Agama Islam Negeri
g) Jabatan Mufti Negeri
h) Jabatan Pendidikan Negeri dan Daerah-daerah
i) Jabatan Kebajikan Masyarakat
j) Jabatan Belia dan Sukan
k) Jabatan Keselamatan Negara
l) Aktivis seni dan budaya peringkat negeri dan kebangsaan
m) Pelajar-pelajar Teater UQB 1811Pusat Kokurikulum UTM Skudai, Malaysia (Pengisian Teater Sakinah)
h) Penghayatan Sastra dan Budaya DBP / JLKN

2) KURSUS / BENGKEL ASAS TEATER SAKINAH
2.1. Kursus/bengkel asas seni lakon Teater Sakinah ( tahap 1/2/3)
2.3. Kursus/bengkel bangsawan Teater Sakinah
2.4. Kursus / bengkel Penulisan Skrip Teater Sakinah (Pentas / TV dan
Filem )

3) PENGURUSAN / PERKHIDMATAN
3.1. Video kamera (TV)
3.2. Audio P.A System dan Lampu Pentas
3.3. Kursus / bengkel Muzik dan Tarian

4) BUDGET TRAVEL SURVIVAL TEATER SAKINAH
Bangkel Lawatan kerja dalam negara / luar negara


Monday, November 2, 2009

MOTIVASI TEATER SAKINAH


Program Motivasi Teater Sebagai Pendidikan Dan Dakwah Kerjasama Jabatan Keselamatan Negara,JPNJ HEM UNIMAS dan Serambi Production. Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi Johor 2002



1 comment:

  1. salam,saya salah seorang murid baru ayah haji sem ini di utm skudai subjek teater

    berminat dgn teater dan akn cuba mngenali teater dgn lebih dekat

    ReplyDelete